Fidyah / Zakat Calculation

Hubungi Kami melalui / whatsapp / SMS di talian 9426 2626 atau email kami di ops@khayratmuslimcasket.sg untuk sebarang pertanyaan atau temujanji. Kami sedia mengadakan khidmat nasihat ke rumah untuk membantu menguruskan kiraan Fidyah dan juga kiraan / Bayaran Zakat.

FAQ:

Kesimpulannya:
 
1. Tiada dalil kukuh yang menghukumkan bahawa orang yang ada puasa tertunggak sehingga masuk Ramadan tahun baru wajib dikenakan Fidyah (berupa denda), selama ia ada keuzuran (seperti sakit, bermusafir, hamil, menyusukan bayi, nifas dsbgnya). Kembali kepada hukum asal, ia hanya perlu Qada’.
 
* Namun perlu diketahui bahawa mengenai wanita hamil dan menyusukan, ada riwayat benar dari sebilangan sahabat, antaranya Ibn 'Abbaas dan Ibn 'Umar رضي الله عنهم yang menghukumkan mereka (yakni wanita hamil dan menyusukan) cukup dengan membayar fidyah sahaja (tanpa berganda-ganda) dengan tanpa berpuasa dan tanpa perlu mengqada' (daripada asal hukum, tanpa mengambil kira kekhuatiran terhadap diri sendiri ataupun bayi mereka). Sila rujuk artikel sepenuhnya - "Persoalan Puasa Wanita Hamil dan Menyusukan".
 
2. Adapun jika ia tiada keuzuran dalam penangguhannya sekalipun, maka ia juga tidak dikenakan (denda) Fidyah dan hanya melaksanakan Qada’nya menurut hukum asal, kecuali bagi pihak yang mengambil kira fatwa segolongan Sahabat dan sebahagian para Imam yang mengenakan denda Fidyah tersebut berupa 1 mudd yang diberikan kepada satu-satu orang miskin.
 
3. Waris yang melunaskan hutang puasa si mati dengan membayar fidyah, hanya perlu kira bilangan hari hutang puasanya si mati, tanpa perlu dikira dengan mengganda-gandakannya mengikut bilangan tahun yang berlalu, tidak kira samada si mati meninggalkan puasanya/berhutang puasa kerana keuzuran ataupun tanpa keuzuran
 
4. Yang demikian berdasarkan hukum asal keterangan al-Quran dan as-Sunnah serta pendapat ramai ‘ulama.